Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Promosi simpanan TBK bermula Ogos

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) melancarkan promosi siri keempat Takaful Nur Savings I One-off Contribution bermula awal Ogos hingga awal November 2021.

    Promosi sebelum ini memberikan peluang hebat kepada pelanggan untuk membuat pelaburan dan mengembangkan simpanan jangka pendek mereka di bawah perlindungan takaful.

    Pelan tersebut memberikan manfaat perlindungan jangka pendek dengan elemen simpanan, memberikan $5,000 sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal dan komponen kewangan yang diperakui oleh Syariah dan layak bagi mana-mana individu berumur antara 18 hingga 62 tahun.

    Tahun ini, promosi tersebut memberikan pelanggan dengan kadar indikatif sebanyak 1.8 peratus setiap tahun bagi tempoh tiga tahun. Promosi bayaran sekali menjadikannya sistem simpanan bermanfaat berbanding membuat simpanan dengan jumlah besar dan memastikan perkembangan dengan pulangan pada tempoh matang.

    Promosi ini mampu memberi faedah kepada semua orang termasuk individu berkeluarga untuk menyimpan bagi tabung persaraan.

    Promosi tersebut terhad untuk satu sijil bagi setiap pelanggan dengan simpanan serendah $2,000 dan maksimum $100,000.

    Sebarang pertanyaan bolehlah ibu pejabat TBK atau membuat perjanjian dengan wakil-wakil TBK melalui Pusat Panggilan TBK.

    Wakil TBK ketika menerangkan mengenai promosi tersebut.- Gambar serahan TBK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda