Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Bagi yang mempunyai peralatan IT tidak digunakan lagi, mereka boleh membawa peralatan lama dan mendapatkan monitor jenama Acer terbaharu pada harga istimewa semasa Tawaran Trade In di Concepts Computer, Kiulap.
Semasa tempoh promosi itu, orang ramai boleh membawa peralatan IT yang tidak digunakan lagi untuk mendapatkan monitor Acer iaitu Acer KA220HQ 21.5 inci atau Acer ED245Q 23.6 inci dengan harga istimewa serta memperoleh kabel HDMI dan DVI apabila membuat pembelian.
Menurut Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, pihaknya menyedari kos merupakan halangan utama bagi sesebuah organisasi untuk menaikkan taraf persekitaran perniagaan, oleh itu, syarikatnya bersedia menawarkan promosi Trade-In bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan membuat keputusan bagi menaikkan taraf peralatan mereka.
Beliau juga menyatakan tawaran itu bukannya hanya bagi perusahaan besar sahaja tetapi juga bagi perusahaan kecil, sederhana atau perusahaan dari rumah.
