KUCHING, 22 NOV – Proses mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan Persekutuan dijangkakan selesai menjelang Julai 2024. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata kerajaan negeri dalam proses untuk menyediakan peruntukan undang-undang dan libat urus lain yang diperlukan bagi pengambilalihan pelabuhan itu. “Kerajaan Sarawak mempertahankan hasratnya untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu