Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Proses ambil alih Pelabuhan Bintulu selesai Julai 2024

    KUCHING, 22 NOV – Proses mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan Persekutuan dijangkakan selesai menjelang Julai 2024.

    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata kerajaan negeri dalam proses untuk menyediakan peruntukan undang-undang dan libat urus lain yang diperlukan bagi pengambilalihan pelabuhan itu.

    “Kerajaan Sarawak mempertahankan hasratnya untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu bagi mengembalikan haknya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    “Pelabuhan Pintulu adalah pelabuhan Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT). Pelabuhan Persekutuan yang penting ini memainkan peranan strategik dan menjadi aset untuk melengkapkan ekosistem ekonomi Sarawak,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Johnny Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu) ketika sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

    Menurut Majang penyerahan pelabuhan itu melibatkan perubahan pentadbiran daripada kerajaan Persekutuan dan peralihan itu tidak akan menjejaskan operasinya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...