SEKUMPULAN belia muda Jepun kelihatan sedang berswafoto sambil menikmati pelbagai jenis minuman. Apa yang menarik, kumpulan ini bergambar berlatar belakangkan sebuah mesin mekanikal yang dipenuhi dengan sampah. Kumpulan belia muda ini memilih tempat yang luar biasa dan unik di Tokyo selepas seharian bekerja, iaitu sebuah kilang sisa tempatan dan pembakar sampah.
Kedai makan itu dipanggil sebagai Gomi (sampah) dan merupakan salah satu inisiatif pegawai tempatan yang cuba untuk mempromosikan sistem teknologi canggih dan memprovokasi penduduk tempatan untuk memikirkan tentang sisa buangan yang telah mereka hasilkan.
Mesin tersebut mengepit sejumlah sisa buangan dan proses pendampingan pun bermula di sebuah kilang yang terletak di Musashino, barat Tokyo, sambil diperhatikan oleh para pengunjung yang duduk di meja makan sambil menikmati makanan dan menghirup minuman jus buah-buahan.
Mesin tersebut terus melakukan proses pendampingan di hadapan orang ramai di mana selepas itu sisa tersebut akan dibakar.
Setiap beberapa minit, kren besar itu akan turun ke bahagian bawah lubang, kemudian mengambil apa yang telah ditinggalkan oleh manusia sehari-hari iaitu seperti beg Ikea, tali leher, bantal kusyen, kertas koyak dan beg plastik.






Kuku mesin tersebut juga berfungsi untuk mencampur adukkan sampah tersebut bagi memastikan komponen itu dibakar secara sama rata dalam pembakar sampah dan debu-debu kecil menari di udara seperti turunan salji.
“Ia agak mengejutkan,” kata Isao Tomioka, melihat sisa itu berputar dan jatuh di belakang tingkap itu. Kedua-dua orang anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun, melihat dan memerhatikan dengan lebih dekat mesin itu beroperasi.
Sebagai penduduk setempat, Tomioka berkata bahawa dia telah datang untuk melihat kemudahan itu bersama-sama dengan anaknya kerana dia bimbang tentang kesan sampah pada generasi mereka.
“Terdapat beberapa sampah yang tidak boleh dibakar sama sekali, sampah mesti dikumpulkan dalam satu tempat, ini bermakna, ia pasti akan membawa kesan yang negatif khususnya kepada generasi kita,” tambahnya.
Musashino sudah menyarankan beberapa orang penduduk setempat untuk menyusun dan mengasing-asingkan sampah mereka ke dalam beberapa kategori, satu amalan yang biasa di Jepun, di mana pihak kerajaan akan mengutip sampah tersebut.
Cara ini dapat menggalakkan orang ramai untuk meminimumkan sisa mereka, tetapi pegawai tempatan berharap akan dapat mendedahkan orang ramai terhadap kesan sisa buangan sebenarnya membawa kepada risiko yang lebih besar.
“Ramai pengunjung terkejut. Mereka langsung tidak tahu bagaimana sampah yang mereka hasilkan itu diproses,” kata Ayana Saki, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Tempatan.
“Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka terkejut melihat banyak sampah yang dikumpul walaupun setiap rumah hanya mengeluarkan satu atau dua tong sampah,” jelasnya.
Tidak berbau sama sekali
Tomioka berkata bahawa dia sudah peka untuk mengasing-asingkan sampahnya tetapi setelah melihat kemudahan teknologi itu, membuatkan dirinya ingin berbuat lebih banyak bakti kepada alam sekitar.
“Saya ingin menyelaraskan penggunaan saya,” katanya sambil memegang anak kecilnya.
“Saya suka memasak, bagi saya ia adalah salah satu hobi kegemaran saya mulai sekarang, saya akan cuba meminimumkan sisa makanan. Itulah keputusan saya selepas melihat teknologi ini,” katanya.
Gomit Pit hanya dibuka untuk sementara waktu, tetapi Musashino Clean Centre akan dibukakan untuk kunjungan orang ramai sepanjang tahun dan direka untuk menggalakkan orang ramai untuk masuk dan melihat bagaimana proses sampah dilakukan, kata Seki. Apabila mereka mula merancang membuka pusat itu pada tahun 2017, mereka mahu mengatasi masalah yang sedia ada dengan menjadikan kawasan itu sebagai sebuah kawasan yang bersih dan juga positif.
Kemudahan ini direka untuk menarik minat orang ramai, melihat secara lebih dekat bagaimana sampah diproses dan banyak lagi.
Setiap kawasan dilekatkan papan tanda yang mengandungi dua bahasa iaitu Bahasa Jepun dan Inggeris malah orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan juruteknik mengendalikan mesin sampah dan memantau kemudahan itu.
Tingkap pula dicipta dengan begitu tebal dan mampu bertahan terhadap suhu pembakar sampah dan jumlah sampah yang dibakar pada hari itu.
Kemudahan ini sebenarnya tidak murah dengan anggaran 10 bilion yen untuk dibina dan 10 bilion yen lagi untuk operasi selama tempoh 20 tahun yang akan datang.
Tetapi bagi penduduk tempatan, Yukiko Ota, lawatannya itu membuatkan dia berfikir, adakah tempat ini sangat kemas dan tidak berbau sama sekali, kata suri rumah tangga berusia 49 tahun itu kepada media AFP.
Dia amat terkejut apabila mengetahui bahawa kebanyakan barang-barang yang tidak boleh dibakar akan dibajak di tempat lain di Jepun.
“Kami turun meninggalkan beban berat di beberapa bandar yang lain,” katanya.
“Kita harus mencuba untuk mengurangkan jumlah sisa buangan yang kita sendiri hasilkan,” tambahnya. – AFP