Friday, November 22, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prosiding cerai Baim Wong diteruskan

    Prosiding penceraian pelakon Baim Wong dan isteri iaitu Paula Verhoeven kini memasuki fasa perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

    Menurut laporan media tempatan, Baim Wong dikatakan membawa 43 bahan bukti untuk menyokong dakwaan curang dilakukan oleh Paula termasuk video dan dokumen berkaitan pada Khamis.

    Namun, peguam Paula iaitu Alvon Kurnia menolak beberapa bukti tersebut kerana dianggap tidak relevan serta tidak memenuhi syarat sah mahkamah.

    “Tiada apa-apa yang terbukti di sana, boleh dikatakan ketika ini kami menolaknya.

    “Kami menganggap tiada apa-apa yang didakwa oleh plaintif,” katanya.

    Bukti yang diajukan Baim tidak mendapat persetujuan Paula. – mStar

    Dalam pada itu, Alvon menegaskan bahawa bukti tersebut adalah tidak sah kerana kandungan telefon bimbit yang diperoleh adalah tidak lengkap.

    Malah bukti yang diajukan oleh Baim turut tidak mendapat persetujuan Paula, lapor mStar.

    “Kebanyakan bukti elektronik terdapat dalam undang-undang ITE. Bukti mestilah kuat.

    Kandungan bukti yang tidak lengkap tidak boleh dijadikan bukti.

    “Kemudian, keterangan hendaklah diperoleh secara sah dan bukan dilakukan tanpa persetujuan,” ujarnya.

    Sementara itu, peguam Baim iaitu Fahmi Bachmid pula memberitahu mereka memohon untuk mengemukakan bukti tambahan dan 12 saksi untuk perbicaraan seterusnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda