Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prospek bank-bank Asia Pasifik diunjur lebih stabil

    KUALA LUMPUR, 11 JAN – Prospek bagi sektor perbankan Asia Pasifik dilihat lebih stabil, disokong oleh faktor keadaan ekonomi yang secara relatifnya kukuh, penampan kerugian lebih tinggi serta keuntungan yang semakin meningkat, kata Moody’s Investors Service.

    Firma penyelidikan itu berkata, prospek ekonomi kekal menyokong pertumbuhan serta kelayakan kredit bank-bank terbabit, walaupun dalam persekitaran menyderhana.

    “Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebenar (KDNK) bagi kebanyakan pasaran Asia Pasifik adalah sederhana namun kekal sihat. Keadaan pasaran tenaga kerja yang ketat di pasaran lebih maju di Asia akan menampan impak inflasi yang tinggi serta kenaikan kadar faedah,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

    Menurutnya, kelembapan ekonomi global akan memberi cabaran kepada pasaran yang lebih bergantung kepada perdagangan serta eksport seperti Bangladesh dan Mongolia selain pelancongan seperti Thailand.

    Selain itu, keadaan pertumbuhan di China yang lebih perlahan akan memberi kesan langsung ke atas bank-bank di Hong Kong, China and Taiwan.

    Pada masa sama, menerusi saluran lain, ini akan memberi kesan tidak langsung ke atas bank di Australia, Indonesia, Mongolia, New Zealand dan Thailand. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda