Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protes berterusan di Kenya

    NAIROBI, 6 JUN – Polis Kenya melepaskan gas pemedih mata dan menahan 11 penunjuk perasaan, kata wartawan AFP, semasa perarakan di Nairobi hari ini menentang rang undang-undang kewangan baharu yang dikatakan pengkritik akan menyebabkan lebih banyak masalah ekonomi kepada rakyat biasa.

    Undang-undang yang dicadangkan menuntut cukai baharu atau peningkatan ke atas pelbagai jenis barangan termasuk bahan api dan makanan serta produk kecantikan, mata wang kripto dan pempengaruh media sosial.

    Polis melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata dan menahan 11 orang, menghumban mereka ke dalam trak polis, untuk cuba menyuraikan tunjuk perasaan itu, kata wartawan AFP di tempat kejadian.

    “Batalkan bil kewangan,” laung sekumpulan penunjuk perasaan ketika kira-kira 100 orang berarak ke arah parlimen, yang disambung semula hari ini selepas rehat dan dijangka membahaskan undang-undang minggu ini.

    “Mereka mahu membunuh kita dengan kelaparan,” sahut mereka.

    Demonstrasi itu yang menurut penganjur telah dimaklumkan kepada polis telah digelar ‘sita-sita’ (enam enam) kerana ia diadakan pada hari keenam bulan keenam.

    Para peserta perarakan melambai-lambaikan sepanduk bertulis ‘Adakah lebih banyak cukai akan membawa kepada kos sara hidup yang rendah’ dan ‘Kemiskinan adalah buatan manusia.’

    “Kami menyaksikan beberapa huru-hara yang tidak betul. Kami sedang dianiaya tetapi kami berjuang untuk hak kami,” kata salah penunjuk perasaan, Rodgers Obogi, seorang penganggur berusia 23 tahun. – AFP

    Aktivis Kenya menjerit ketika mereka berarak semasa protes ke atas rancangan kenaikan cukai di Nairobi pada 6 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda