HONG KONG, 1 SEPT – Ratusan aktivitis prodemokrasi Hong Kong menghalang beberapa laluan ke lapangan terbang hari ini, ketika hab kewangan itu memulakan usaha pembersihan selepas satu lagi bantahan ganas dengan kebakaran, gas pemedih mata dan polis bertindak memukul penunjuk perasaan.
Pengendali kereta api Airport Express berkata, ia menggantung perkhidmatan tengah hari, manakala penunjuk perasaan berpakaian hitam, menggunakan payung untuk berlindung daripada kamera litar tertutup, membina halangan di stesen bas lapangan terbang dan cuba menghentikan trafik di jalan raya utama menuju ke terminal.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)