Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protes Hong Kong sasar lapangan terbang

    HONG KONG, 1 SEPT – Ratusan aktiviti prodemokrasi Hong Kong menghalang beberapa laluan ke lapangan terbang hari ini ketika hab kewangan itu memulakan usaha pembersihan selepas satu lagi bantahan ganas dengan kebakaran, gas pemedih mata dan polis bertindak memukul penunjuk perasaan.

    Pengendali kereta api Airport Express berkata, ia menggantung perkhidmatan tengah hari Ahad ini, manakala penunjuk perasaan berpakaian hitam, menggunakan payung untuk berlindung daripada kamera litar tertutup, membina halangan di stesen bas lapangan terbang dan cuba menghentikan trafik di jalan raya utama menuju ke terminal.

    Di luar satu terminal di hab antarabangsa, penunjuk perasaan membakar alat pemadam api, menimbun troli bagasi menjadi halangan jalan raya boleh ubah dan memecahkan kamera pemantauan.

    Polis Hong Kong berkata, mereka bersedia untuk melancarkan operasi penyebaran, dan siaran Facebook memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya meninggalkan kawasan lapangan terbang serta-merta.

    Penerbangan tidak terganggu setakat ini, tetapi beberapa penumpang terkejut dengan kekacauan itu.

    “Saya mahu ke lapangan terbang untuk mencari saudara perempuan saya, tetapi tidak dapat masuk,” kata pembantu rumah Indonesia, Samirah.

    Lapangan terbang ditutup dengan injuksi melarang penunjuk perasaan daripada memasuki kawasan itu, dilaksanakan selepas penutupan Ogos lalu yang berakhir dengan pertempuran dahsyat.

    Namun penunjuk perasaan, secara rutin tidak mengendahkan langkah undang-undang untuk mengharamkan tindakan mereka sejak pergerakan antikerajaan muncul tiga bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda