Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Protes kian memuncak, Peru isytihar darurat

    BOGOTA, COLOMBIA, 15 DIS – Peru mengisytiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara ekoran protes yang kian memuncak menyaksikan tujuh orang terkorban selepas Kongres menyingkirkan bekas Presiden, Pedro Castillo minggu lalu.

    “Darurat telah diisytiharkan di seluruh negara disebabkan perbuatan vandalisme dan keganasan…,” kata Menteri Pertahanan, Alberto Otarola semalam, lapor agensi Anadolu. 

    Kerajaan juga sedang meneliti sama ada akan mengisytiharkan perintah berkurung atau sebaliknya.

    Castillo telah didakwa dan ditahan minggu lalu selepas percubaannya membubarkan parlimen dan penyingkiran beliau telah mencetuskan protes.

    Penunjuk perasaan telah menyekat jalan dan mengganggu lalu lintas di sepanjang Lebuh Raya Pan-Amerika selatan yang menghubungkan Peru dan Chile. Tentera telah dikerahkan untuk melindungi tempat awam di seluruh negara, kata Otarola.

    Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 47 orang telah dimasukkan ke hospital akibat protes yang berlaku di Lima, Apurimac, Huancavelica dan Arequipa.

    Meskipun Presiden baharu, Dina Boluarte mencadangkan untuk mengadakan pilihan raya pada April 2024 dan bukannya April 2026, beliau gagal meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara Amerika Selatan itu. – Bernama

    Anggota polis mengiringi penyokong bekas Presiden Pedro Castillo ketika mereka berarak ke pusat bandar Arequipa, Peru pada 14 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...