Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protes penyokong cemari pertemuan Dortmund, Augsburg

    BERLIN, 27 Feb – Penyerang Borussia Dortmund Marco Reus kembali mendapatkan rentaknya dengan menjaringkan satu gol meskipun pasukannya terikat ketika aksi menentang Augsburg sementara para penyokong mencemari perlawanan itu dengan protes dalam perlawanan Bundesliga yang berlangsung semalam.

    Cuaca sejuk pada takat sifar di Signal Iduna Park, Dortmund menambahkan kesuraman perlawanan, meskipun Peter Stoeger menambahkan aksi tanpa kalah kepada sembilan perlawanan setakat ini.

    Stadium yang biasa menampung 24,500 pengunjung hanya dipenuhi separuh darinya yang hadir untuk memprotes tanpa sebarang sorakan malah memilih untuk berdiam diri.

    “Kami menerima dan menghormati bahawa ramai penonton memilih untuk berada di rumah, namun kami menentang bagi sebarang perlawanan lanjutan dan akan membawa isu ini kepada Liga Bola Sepak Jerman (DFL), kata jurucakap stadium Norbert Diskel sebelum perlawanan dimulakan.

    Para pemain bergerak ke padang ketika jumlah penonton berkurangan sebagai tanda protes pada perlawanan antara Borussia Dortmund dan Augsburg di Dortmund, kelmarin. – AP

    “Kami hanya bermain pada Isnin dengan alasan kesukanan,” katanya.

    Suasana suram di Dortmund itu berlanjutan ekoran insiden protes yang dilakukan oleh penyokong Eintracht Frankfurt yang telah membaling bola tenis ketika aksi pertama menentang RB Leipzig minggu lalu.

    Namun begitu, Reus mempunyai ruang untuk meraikan jaringan keduanya dalam kemunculan ketiganya di Bundesliga sejak pulih dari kecederaan lututnya ketika menghadapi final Piala Jerman Mei lalu.

    Keputusan seri itu menyaksikan Dortmund kekal pada jarak 19 mata jauh dari pendahulu Bayern Munich di tangga kedua, selepas juara bertahan itu turut terlepas dua mata ketika aksi menentang Hertha Berlin, Sabtu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda