Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protes terbesar di Romania

    BUCHAREST, 2 Feb – Beratus ribu orang membanjiri jalan raya di seluruh Romania semalam untuk membantah terhadap tindakan kerajaan untuk menjadikan beberapa siri kesalahan rasuah satu kes jenayah, tunjuk perasaan terbesar sejak kejatuhan komunis pada 1989.

    Di antara 200,000 dan 300,000 pembantah, menurut anggaran media, mengharungi suhu sifar untuk menunjuk perasaan, dengan beberapa orang menjerit “Pencuri!” dan “Letak jawatan!” sehari selepas kerajaan meluluskan satu perintah kecemasan.

    Di ibu negara Bucharest, beberapa penunjuk perasaan melontar botol, mercun dan batu pada anggota keselamatan, yang bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata. Beberapa polis dan pembantah mengalami kecederaan ringan.

    Untuk malam kedua berturut-turut, orang ramai juga membanjiri jalan raya di bandar lain di seluruh negara – termasuk di Timisoara, tempat bermulanya revolusi 1989.

    Dalam masa beberapa hari, pemberontakan hampir 30 tahun lalu memaksa diktator Nicolae Ceausescu disingkirkan daripada kuasa, berakhir dengan beliau dan isterinya dihukum mati pada 25 Disember 1989.

    Pihak polis cuba mengawal keadaan berikutan bantahan secara besar-besaran tersebut. – AFP
    Pihak polis cuba mengawal keadaan berikutan bantahan secara besar-besaran tersebut. – AFP

    Dalam perintah kecemasan yang dikeluarkan lewat Selasa, kerajaan menjadikan beberapa kesalahan rasuah satu kes jenayah dan menjadikan penyalahgunaan kuasa dihukum dengan penjara hanya jika ia mengakibatkan kerugian wang berjumlah lebih daripada 44,000 euro.

    Kerajaan sayap kiri Romania di bawah Sosial Demokrat (PSD) hanya berkuasa beberapa minggu selepas kembali dalam pilihan raya pada 11 Disember, kurang setahun sejak bantahan besar-besaran memaksa mereka disingkirkan.

    Kerajaan masih berdiam diri sejak petang Selasa, namun semalam Menteri Keadilan Florin Iordache menulis di laman Facebooknya bahawa “tidak ada rahsia, haram ataupun tidak bermoral” mengenai perintah kecemasan.

    Bucharest berkata ia sedang melaksanakan undang-undang sejajar dengan perlembagaan.

    Namun pengkritik berkata benefisiari utama adalah pemimpin PSD Liviu Dragnea, kini dibicarakan kerana menyalahgunakan kuasa, serta ahli politik sayap kiri lain.

    Dragnea, 54, telah pun dilarang daripada menjawat jawatan disebabkan hukuman penjara digantung dua tahun kerana penipuan pengundi yang dijatuhi pada tahun lalu. Perbicaraan penyalahgunaan kuasa beliau, yang bermula pada Selasa, membabitkan 24,000 euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda