Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Protes tercetus selepas tentera Israel serang GSF

    BRUSSELS, 2 OKT – Aktivis pro-Palestin mengadakan protes di seluruh Eropah kelmarin susulan tindakan tentera Israel memintas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF), menurut Anadolu Ajansi.

    Di Rom, ratusan penunjuk perasaan, termasuk pelajar dan ahli kesatuan sekerja peringkat akar umbi berhimpun di Piazza dei Cinquecento di hadapan Stesen Termini.

    Peserta menyekat lalu lintas di dataran itu dan jalan-jalan sekitarnya, sambil melaungkan slogan seperti, “Let’s block everything for the Flotilla and for Palestine.”

    Polis menutup beberapa stesen metro dan mengehadkan akses penumpang ke Stesen Termini. Penunjuk perasaan merancang untuk berarak ke Piazza Barberini dengan penyertaan kira-kira seribu orang.

    Kesatuan-kesatuan sekerja Itali, Unione Sindacale di Base (USB) dan Confederazione Generale Italiana del Lavoro (CGIL) telah menyeru mogok umum di seluruh negara pada 3 Oktober.

    Di Barcelona, ratusan orang berkumpul di luar konsulat Israel untuk mengecam tindakan pemintasan itu dan menyatakan solidariti dengan Gaza.

    Tunjuk perasaan serupa turut dilaporkan di Berlin apabila puluhan orang berhimpun di Central Station bagi membantah serangan Israel manakala di Brussels, penunjuk perasaan berarak dari Place de la Bourse menuju ke Kementerian Luar Belgium.

    Ratusan orang juga dijangka mengadakan protes di London hari ini.

    Penganjur GSF berkata pemintasan itu berlaku ketika kapal-kapal perang Israel menyekat komunikasi dan bergerak untuk menghentikan konvoi itu. Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza (ICBSG) mengesahkan bahawa tentera Israel telah menyerbu kapal Alma dan Sirius.

    Beberapa aktivis memuat naik rakaman video di media sosial yang mengesahkan bahawa bot tentera laut Israel menghampiri konvoi itu dan mengarahkan mereka menukar haluan.

    Flotila itu yang sebahagian besarnya membawa muatan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan belayar pada akhir Ogos lepas dan dijangka tiba di pantai Gaza pada pagi Khamis sekiranya tiada halangan.

    Ini merupakan kali pertama dalam beberapa tahun apabila kira-kira 50 buah kapal belayar bersama menuju ke Gaza, membawa 532 penyokong awam dari lebih 45 negara ke wilayah yang didiami 2.4 juta rakyat Palestin dan berada di bawah sekatan Israel selama 18 tahun. – Bernama/Anadolu 

    Sekumpulan penunjuk perasaan semasa protes menentang pemintasan tentera Israel terhadap Flotilla Sumud Global di Buenos Aires kelmarin. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...