Saturday, January 4, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protokol naik taraf lanjut FTA China-Singapura berkuatkuasa

    BEIJING, 31 DIS – Protokol Naik Taraf Lanjut Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-Singapura berkuatkuasa mulai hari ini.

    Protokol itu ditetapkan berdasarkan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi, sekali gus membuka pasaran perdagangan perkhidmatan dan pelaburan antara kedua-dua negara dengan lebih lanjut.

    Dari aspek akses pasaran pula, China dan Singapura membuat komitmen membabitkan keterbukaan dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan melalui pelaksanaan senarai negatif.

    Selain itu, kedua-dua pihak menetapkan peraturan bermutu tinggi dan sistematik dalam bidang perdagangan perkhidmatan, pelaburan, perkhidmatan telekom dan lain-lain, di samping memperluas kerjasama dalam sektor baharu seperti ekonomi digital.

    Penguatkuasaan protokol itu diyakini akan merangsang potensi perdagangan perkhidmatan dan kerjasama pelaburan kedua-dua negara, di samping mendorong hubungan China-Singapura maju ke hadapan. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda