KUALA LUMPUR, 8 Jan – Proton Holdings Bhd (Proton) merekodkan jumlah jualan sebanyak 70,991 unit pada 2017 iaitu berkurangan sedikit berbanding 72,291 pada tahun sebelumnya berikutan kemerosotan jumlah tempahan bagi tujuan teksi. Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, model keluarannya seperti Saga, Persona dan Ertiga menyumbang sebanyak 80 peratus daripada jumlah