Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proton buka fasiliti R&D di teluk Hangzhou, China

    KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Pengeluar kereta Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China baru-baru ini untuk mengukuhkan usaha kerjasama dengan rakan kongsi Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely) dalam langkah untuk melengkapkan kemudahan sedia ada di Malaysia.

    Bertempat di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou, pembukaan pusat R&D Proton (China) juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

    “Pusat R&D baharu itu menandakan pembangunan bersama antara Proton dan Geely di mana konsep baharu merentasi semua bidang diwujudkan, melibatkan penyepaduan atasan dan platform untuk ICE dan model EV masa hadapan sehingga kepada pemanduan pintar dan pengurusan projek.

    “Ini termasuk menaik taraf model buatan sendiri Proton, pusat itu akan memanfaatkan sumber bersamanya dengan bantuan Geely dalam kerja yang diketuai oleh jurutera R&D Proton di Malaysia. Selain itu, Proton juga dapat meningkatkan daya saingnya dengan jejak global Geely,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. – Bernama

    Gambar ANN-The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda