Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proton, PAD Motors sambut ulang tahun

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Syarikat PAD Motors Sdn Bhd selaku pengedar kereta jenama Proton di negara ini, hari ini, telah mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya bersama Proton di Kompleks Beribi, Jalan Gadong.

    Sambutan telah dimeriahkan dengan kehadiran klien dan pelanggan tetap PAD Motors serta penampilan pelawak tempatan ‘Si Beracun’ yang juga mengumumkan pemenang cabutan bertuah.

    Di majlis berkenaan, pemenang tempat pertama membawa pulang sebuah peti sejuk jenama Matrix, tempat kedua menerima ketuhar gelombang mikro jenama Sharp manakala itu, pemenang ketiga, keempat dan kelima, masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar Hotel Times, Starlodge dan Freshco.

    Pengurus Pemasaran PAD Motors Sdn Bhd, Ibnu Sharil bin DSLJ Haji Ismail @ Daniel berkata, sempena sambutan ini, PAD Motors juga menawarkan diskaun 3 peratus untuk 50 pelanggan terawal yang membeli kereta Proton selain itu mereka juga akan mengadakan jerayawara pada November dan Disember tahun ini. Menurut beliau lagi, mereka juga sedang giat merancang untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan dengan membuka cawangan bilik pameran di Daerah Tutong dan Daerah Belait.

    Awang Hambali bergambar ramai bersama para pemenang cabutan bertuah.

    Kereta-kereta yang akan dipamerkan di bilik-bilik pameran berkenaan termasuk Preve, Saga, Exora, Suprima S, Iriz dan Pesona. Kesemua model proton terbaru berkenaan juga disertakan dengan 5 tahun jaminan dan 150,000km untuk Mileage Warranty Coverage.

    Manakala itu, Pengarah Urusan Pad Motors Sdn Bhd, Awang Hambali bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Saleh, ketika ditemui berkata, Proton sedang giat bekerjasama dengan jenama Geely, China dengan merancang untuk membawa masuk segmen SUV ke pasaran Brunei bersama Proton Boyue.

    Bagi memeriahkan lagi majlis, pelanggan PAD Motors juga dialu-alukan membuat uji pandu model-model terbaru Proton.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda