Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proton perkenal kenderaan NEV smart di ASEAN

    KUALA LUMPUR, 19 JAN – Proton Holdings Bhd telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan smart Automobile Co Ltd (smart) untuk memperkenalkan rangkaian Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN yang giat berkembang.

    Pembuat kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata perjanjian tersebut akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama melalui Proton Edar, yang akan dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan smart di Malaysia serta Thailand, dan smart Automobile (Nanning) Sales Co Ltd (anak syarikat milik penuh smart Automobile), akan memenuhi peranan sebagai gerbang masuk kenderaan smart ke rantau ini.

    “Dengan MoA ini, Proton mengambil langkah pertama dalam perjalanan strategik NEVnya. Kami akan dapat pengalaman dalam menjual, perkhidmatan dan pengecasan NEV selain mampu membina set kemahiran yang perlukan untuk menjadi penggerak dalam sektor NEV yang sedang berkembang pesat di ASEAN.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda