Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Proton Saga Limousin curi perhatian

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Orang ramai yang menyertai Program Bandarku Ceria hari ini berpeluang menyaksikan keunikan sebuah kereta limousin yang amat jarang dilihat di negara ini.

    Para pengunjung pastinya tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kereta Proton Saga 1.5i Limousin yang dimiliki oleh warga emas, Pengiran Mohd Safri bin Pengiran Kamaluddin, 61.

    Beliau ketika ditemu bual oleh Media Permata mengongsikan bahawa kereta itu adalah milik salah seorang saudara, dan setelah meninggal dunia, ia dijaga sepenuhnya oleh beliau selama 10 tahun.

    Penyelenggaraan kereta keluaran tahun 1994 berkenaan sama seperti kereta-kereta proton yang lain, namun ada sedikit perbezaan kerana Proton Limousin lebih panjang daripada yang biasanya.

    Menurutnya, kereta itu memang perlu dijaga dengan teliti, memandangkan ia sudah berumur puluhan tahun, terutama bahagian enjin yang perlu diberi perhatian.

    Pengiran Mohd Safri bergambar bersebelahan kereta Proton Saga 1.5i Limousin miliknya. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    “Tidak banyak pengubahsuaian dilakukan kecuali mengecat warna baharu, membaiki apa yang perlu diperbaiki, menyelenggarakan kotak gear transmisi dan sebagainya,” katanya.

    Beliau merasa bangga memiliki kereta berkenaan dan hanya satu-satunya yang masih dalam keadaan baik dan dipandu di atas jalan di negara ini.

    Mengikut sejarah, model limousin itu dihasilkan oleh anak syarikat kepada Edaran Otomobil Nasional (EON) iaitu Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd (ACE) yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1990.

    Kereta limosin itu dibangunkan khas untuk kegunaan golongan VVIP dan penciptaanya telah memberi cabaran kepada pasaran limosin di negara Barat kerana harganya lebih kompetitif berbanding pilihan yang terdapat dalam pasaran ketika itu.

    Walaupun lebih 35 tahun kereta tersebut hanya dapat dilihat di jalan-jalan raya di Malaysia, tetapi baru kini ia dapat dilihat secara langsung di negara ini.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Keropok udang Kampung Pukat, Sandakan unik

    Oleh Suraidah Roslan SANDAKAN, 4 NOV - Dari celah-celah deretan rumah...

    Nama-nama kucing Aliff Syukri ‘berat’

    Nama- nama kucing Datuk Aliff Syukri mendapat perhatian ramai...

    Lapan ekor tenggiling berisiko tinggi berdepan kepupusan

    GENEVA, 28 OGOS – Kesemua lapan ekor tenggiling yang...

    Falcon Sports mulakan Jelajah Malaysia

    Oleh Daniel Lim - BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...