Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proton sasar jual 2,500 unit model baharu X50 2024 sebulan

    SHAH ALAM, 4 JUN – Proton Holdings Bhd menyasarkan penjualan 2,500 unit setiap bulan model Proton X50 2024 yang baru dilancarkan berdasarkan sambutan memberangsangkan yang berterusan terhadap model sedia ada.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata Proton X50 mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak pelancaran model sebelumnya pada Oktober 2020, dan kekal menjadi antara model Proton paling mendapat pilihan sehingga kini.

    “Walaupun (2024) X50 ini nampak sama pada luarannya, namun sebenarnya terdapat kira-kira 20 penambahbaikan (dilakukan) melibatkan noise, vibrations and harshness (NVH) untuk keselesaan pelanggan.

    “Kita juga tekankan semula mengenai sistem keselamatan kenderaan yang membantu pemandu dan penumpang Proton X50 ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model baharu Proton X50 2024, hari ini.

    Roslan berkata model Proton X50 2024 itu juga akan dieksport ke 11 negara sedia ada yang berada dalam portfolio eksport syarikat tersebut.

    “(Proton) X50 juga mendapat sambutan yang baik di beberapa negara luar seperti Brunei, Afrika Selatan, Bangladesh dan juga Pakistan. Malangnya disebabkan Pakistan kini mengalami krisis ekonomi, ia telah menrencatkan sedikit jualan kita di sana,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata Proton X50 2024 yang dinaik taraf mencerminkan komitmen Proton untuk terus menambah baik dan berinovasi sambil mengekalkan kualiti produk yang telah terbukti, seperti yang diharapkan oleh pelanggan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda