SEPERTI yang sedia maklum, kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran Proton pertama yang berpandukan Geely Boyue akan kelihatan pada suku terakhir tahun ini. Boyue merupakan salah sebuah model paling signifikan dan terlaris di China di mana beberapa SUV telah menarik minat pelanggan.
Dikhabarkan, 286,900 unit Boyue terjual secara domestik tahun ini di mana empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah penjualan Proton pada 2017.
Sejurus selepas mencatat rekod tersebut, Geely tidak mahu berada dalam kedudukan yang selesa dan ‘menyegarkan’ semula Boyue pada awal tahun ini, kurang dari dua tahun selepas SUV segmen-C dilancarkan. Di sini, akan melihat lebih dekat lagi facelift Geely Boyue 2018 di mana akan menjadi SUV Proton akan datang.
Apa yang dapat dilihat perubahan jelas adalah di bahagian depan di mana bentuk bampar lebih menyerlah dan agresif dari segi reka bentuk.
Bahagian tepi depan kelihatan lebih besar sementara lampu kabut LED diletakkan di bawah bahagian tersebut. Lampu utama dan gril dilihat tidak mengalami perubahan namun apabila dilihat lebih dekat lagi, kelihatan bahagian yang menunjukkan gril jenama.


Sementara itu, di bahagian belakang pula lampu LED belakang menunjukkan kanta yang lebih gelap manakala bampar mempunyai bentuk yang lebih lebar, direka bentuk semula tailpipe dan pemantul yang menegak.
Roda yang diperbuat daripada aloi mempunyai saiz 19 inci dari segi diameter meskipun roda yang bersaiz 18 inci lebih sesuai dalam pasaran setempat.
Ruang dalaman mengalami perubahan yang terbesar di mana model ini dilengkapi dengan sistem infotainmen yang baharu sekali gus menggantikan pengawalan secara fizikal dengan punat yang sensitif.
Skrin sesentuh bersaiz lapan inci tetapi resolusi telah dinaikkan kepada 1920×720 piksel.
Interface pula direka bentuk semula dan kamera 360-darjah menunjukkan pemandangan 3D yang memaparkan persekitaran kereta.
Antara kelengkapan baharu termasuk empat USB tambahan (dua depan, dua belakang) serta tempat USB yang disediakan di bahagian atas berhampiran dengan cermin pandang belakang bagi memudahkan untuk memasang dashcam.
Tambahan lagi, model ini dilengkapi dengan pengawalan tempat duduk bahagian depan sekali gus membolehkan pemandu dan penumpang untuk menyesuaikan tempat duduk bahagian depan.
Boyue yang serba baharu ini dilengkapi dengan kulit coklet muda dan paparan P-R-N-D di sebelah penukar gear serta sistem bunyi berjenama Morel, jenama pakar bunyi yang terkenal.
Gril speaker mempunyai bentuk G yang unik dan ia menambah karakter kepada Boyue.



Ruang kabin dihiasi dengan kelengkapan yang berkualiti tinggi. Tempat duduk dan kulit yang lembut sementara sentuhan warna logam sangat meyakinkan.
Ia juga memiliki reka bentuk papan pemuka yang mantap seperti pemegang di bahagian tengah konsol dan pemegang pintu yang unik. Kesemua kelengkapan di ruang dalaman sangat premium dan menarik perhatian orang.
Dari segi keselamatan pula, Boyue dilengkapi dengan monitor titik buta yang juga memberi amaran jika para penumpang cuba untuk membuka pintu. Fitur ini termasuk dalam senarai bantuan-bantuan pemandu termasuk brek kecemasan automatik, adaptive cruise control, lane departure warning dan auto high beam. Proton telah memberitahu fitur bantuan pemandu ini dalam kempen SUV.
Juga diberitahu oleh Proton ialah fitur Smartphone Remote Control and Smart Air Purifier yang kemudiannya dirujuk sebagai Air Cleaner yang boleh dilihat di bahagian atas antara tempat duduk bahagian depan.
Kelengkapan lain yang terdapat di dalam Proton SUV termasuk sistem pengawasan tekanan tayar dan sistem Boyue bersaiz lapan inci dengan penyambungan 4G. Walau bagaimanapun, keseluruhan senarai kelengkapan masih belum diberitahu.
SUV pada kali ini mempunyai enjin yang sama. Para pembeli dari China akan dapat memilih dari 139 kuasa kuda 2.0 liter enjin atau 1.8 liter unit turbocharge. Kemudiannya akan dibuat antara 161 kuasa kuda dengan transmisi enam-kelajuan manual atau 181 kuasa kuda dengan enam-kelajuan automatik. Pilihan roda depan atau semua roda juga disediakan di pasaran Boyue secara domestic.