BAITULMAQDIS, 8 April – Tentera Israel akan menutup sepenuhnya wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki rejim itu semasa pilihan raya umum esok, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan tentera Israel.
“Mengikut penilaian situasi keselamatan dan arahan di peringkat politik, penutupan penuh akan dilakukan di kawasan-kawasan di Tebing Barat dan terminal-terminal di Semenanjung Gaza pada 9 April,” menurut kenyataan itu.
Penutupan itu akan berkuat kuasa pada waktu tengah malam hari ini.
Menurut tentera, lintasan komersial Kerem Shalom dan Beit Hanoun (Erez) ke Semenanjung Gaza akan ditutup. – Bernama