Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PRU15: Syarikat penerbangan diharap tawar kadar tiket murah

    KUCHING, 21 OKT – Syarikat penerbangan diharap dapat menyediakan kadar tambang lebih murah kepada pengundi yang ingin pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini bagi meringankan beban pengundi yang perlu menggunakan pengangkutan udara untuk pulang.

    Menurutnya kerajaan tidak boleh menyediakan peruntukan bagi membantu pengundi untuk balik mengundi.

    “Pihak kerajaan tidak boleh menyediakan peruntukan untuk pengundi pulang mengundi kerana dari segi perundangan itu tidak dibenarkan.

    “Melainkan ada pihak atau individu yang mahu menaja (tiket penerbangan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat persediaan PRU15 parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.

    Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal selia harga tiket, supaya syarikat penerbangan tidak meningkatkan harga sewenang-wenangnya menjelang PRU15. – Bernama

    Poster pemimpin termasuk Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mulai dicetak dan diagihkan kepada beberapa kawasan sebelum hari penamaan calon ketika tinjauan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda