Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PRU15 tidak jejas Para Sukma 2022

    KUALA LUMPUR, 25 OKT – Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan menjejaskan penganjuran temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 yang dijadual berlangsung di sekitar Lembah Klang bermula 1 hingga 6 November ini.

    Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahri-man Zaharudin berkata kesemua perancangan kini rancak dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi temasya sukan tersebut.

    “Walaupun musim pilihan raya, ia tidak beri kesan (penganjuran Para Sukma), apa yang dirancang akan diteruskan dan segalanya sedang berjalan lancar,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian amanat temasya Sukan Asia Virtus Oceania, Brisbane 2022 di sini hari ini.

    Beliau berkata penganjuran Para Sukma kali ini sangat penting dalam meneroka bakat baharu selain menyediakan platform untuk atlet selepas kali terakhir dianjurkan pada edisi 2018 di Perak.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lepas menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

    Dalam pada itu, Megat D Shahriman memaklumkan 19 anggota terdiri daripada 11 atlet berumur dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun dan lapan pegawai akan mewakili Malaysia pada penampilan sulung kontinjen Malaysia di Sukan Asia Virtus Oceania di Australia pada 5 hingga 11 November.

    “Kesemua mereka dijangka bertolak pada 4 November dan pulang pada 12 November. Malaysia akan menyertai tiga daripada 14 jenis sukan ditawarkan iaitu olahraga, renang dan ping pong,” katanya.

    Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran pingat dalam temasya sukan rantau Asia dan Oceania di Brisbane itu kerana enggan memberi tekanan kepada atlet, namun berharap mereka melayakkan diri ke peringkat sedunia dikenali Virtus Global Games yang akan diadakan di Vichy, Perancis tahun depan. – Bernama

    Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Amanat dan Taklimat Temasya Sukan Asia Virtus Oceania, Brisbane 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...