Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSA berhasrat jadi rakan strategik Proton

    PARIS, 22 Feb – Pengeluar kereta Perancis PSA Peugeot Citroen berharap untuk menjadi rakan strategik bagi kumpulan Proton Malaysia yang berdepan dengan masalah, jurucakap syarikat itu memberitahu AFP semalam.

    “Kami telah membuat tawaran kepada Proton yang sesuai dengan proses yang telah dimulakan oleh Proton dan sejajar dengan pertukaran yang kami ada dengan mereka,” kata jurucakap berkenaan.

    Proton sedang mencari ‘rakan strategik luar’ untuk mengubah haluannya.

    Jurucakap itu berkata PSA menjangkakan Proton akan menjawab ‘dalam tempoh beberapa minggu,” tanpa memberikan sebarang butiran tentang komiten saiz pelaburan kumpulan Perancis itu jika urusan diteruskan.

    Kumpulan China, Geely yang memiliki Volvo, juga berusaha mengambil pegangan strategik dalam Proton, menurut Bloomberg Business News. Geely enggan mengulas.

    Pengeluar kereta Perancis PSA Peugeot Citroen berharap untuk menjadi rakan strategik bagi kumpulan Proton Malaysia bagi membantu mengeluarkan syarikat itu dari masalah. - AFP
    Pengeluar kereta Perancis PSA Peugeot Citroen berharap untuk menjadi rakan strategik bagi kumpulan Proton Malaysia bagi membantu mengeluarkan syarikat itu dari masalah. – AFP

    Proton telah ditubuhkan dalam tahun 1983 oleh perdana menteri pada masa itu Mahathir Mohammad sebagai sebahagian dari rancangan perindustrian negara, namun reputasinya terjejas ekoran model-model yang tidak imaginatif dan kualiti teruk.

    Namun jualan Proton menurun dan dibebani hutang yang banyak.

    Pada 7 Februari lalu, Proton mengumumkan bahawa menerima rakan strategik luar akan ‘membolehkannya untuk bangkit semula melalui kemudahan platform, powertrains dan teknologi yang akan seterusnya memperbaiki lagi pelbagai produk Proton dan kualitinya,”

    Bagi pihaknya, PSA berusaha untuk meluaskan jejak georgrafinya.

    Ia sedang dalam rundingan untuk membeli Opel dan Vauxhall, jenama-jenama Eropah dari syarikat terbesar automobil AS, General Motors.

    PSA dijadualkan mengeluarkan hasilnya dalam tahun 2016 pada lewat minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda