Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSB anjur pertandingan badminton

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei (PSB) menyertai Pertandingan Badminton Piala Sejarah Brunei 2024 yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada 2 Ogos lalu.

    Pertandingan berkenaan menyaksikan sebanyak 3 pasukan beraksi iaitu Amar Pahlawan, Seri Maharaja dan Indera Mahkota dengan pertandingan dijuarai oleh Pasukan Indera Mahkota.

    Sebahagian dari aksi pemain-pemain dalam pertandingan berkenaan.

    Penganjuran pertandingan badminton berkenaan bermatlamat untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PSB di samping sebagai tanda sokongan dalam pertandingan Kejohanan BN on The Move 2024 antara kementerian-kementerian khususnya di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Gambar ramai para pemain yang menyertai pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda