Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG belasah Brest

    PARIS, 20 FEB – Paris Saint-Germain (PSG) kini boleh menantikan pertembungan dengan Liverpool atau Barcelona dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara selepas menewaskan pesaing Perancis, Brest, 7-0 semalam untuk menang 10-0 secara agregat dalam aksi kedua play-off mereka.

    PSG sentiasa menjadi pilihan untuk menewaskan Brest dan telah pun mencipta kemennagan 3-0 di Brittany pada perlawanan pusingan pertama minggu lalu.

    Tujuh pemain berbeza menjaringkan gol dalam perlawanan timbal balik di Parc des Princes, dengan Bradley Barcola, Khvicha Kvaratskhelia, Vitinha, Desire Doue, Nuno Mendes, Goncalo Ramos dan Senny Mayulu meledak gol untuk pasukan tuan rumah.

    Ia merupakan kemenangan terbesar PSG dalam sejarah perlawanan Eropah mereka dan kali pertama mereka menjaringkan tujuh gol dalam Liga Juara-juara sejak menewaskan Celtic 7-1 pada November 2017.

    “Untuk menjaringkan tujuh gol ke atas Brest bukanlah mudah,” kata pemain baharu Kvaratskhelia kepada penyiar Canal Plus.

    PSG hanya menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan pertama mereka dalam Liga Juara-juara musim ini, namun menghasilkan 21 jaringan dalam lima perlawanan sejak itu.

    Aksi dominan PSG itu berlaku walaupun Ousmane Dembele gagal menambah jumlah 18 gol yang telah dijaringkannya dalam 12 penampilan sebelumnya untuk pasukan Luis Enrique.

    Kvaratskhelia memberi amaran kepada bakal lawan PSG, dengan menegaskan bahawa juara Perancis kini percaya mereka mampu pergi jauh dalam Liga Juara-juara. – AFP

    Reaksi penjaga gol Brest, Gregoire Coudert selepas membenarkan gol keenam PSG dalam perlawanan pusingan kedua Liga Juara-juara peringkat kalah mati antara PSG dan Brest di stadium Parc des Princes, Paris pada 19 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda