Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG belasah Dijon 8-0

    Neymar meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang pasukan lawan  semasa perlawanan bola sepak L1 Perancis antara Paris Saint-Germain dan Dijon pada 17 Januari 2018 di stadium Parc des Princes di Paris. – AFP

    PARIS, 19 Jan – Neymar meledak empat gol ketika Edinson Cavani menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Paris Saint-Germain milik Zlatan Ibrahimovic apabila pendahulu Ligue 1 itu membelasah Dijon 8-0 awal pagi kelmarin.

    Angel Di Maria menyumbang dua gol dalam suku jam pertama di Parc des Princes sebelum pemain Argentina itu melakukan hantaran silang yang disudahkan Cavani bagi gol ke-156 bersama PSG.

    Neymar menandakan kepulangannya daripada kecederaan tulang rusuk dengan gol keempat tuan rumah sejurus sebelum rehat dan bintang Brazil itu melengkapkan hatrik dengan dua gol lagi pada babak kedua ketika Dijon tidak mampu berbuat apa-apa. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda