Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG beraksi di final

    PARIS, 31 Jan – Juara bertahan Paris Saint-Germain (PSG) mara ke final Piala Liga Perancis selepas menewaskan Rennes 3-2 di Roazhon Park namun kemenangan itu dicemari kad merah Kylian Mbappe yang kembali beraksi selepas pulih kecederaan.

    Thomas Meunier meletakkan pelawat di depan hasil rembatan voli menarik dan jaringan Wahbi Khazri dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain itu.

    Pertahanan Brazil, Marquinhos menjaringkan gol pada minit ke-54 dan gol ketiga pelawat diperolehi melalui Giovani Lo Celso empat minit kemudian hasil kesilapan penjaga gol, Abdoulaye Diallo. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda