Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG diberi kebenaran tunda perlawanan

    PARIS, 25 OGOS – Paris Saint-Germain telah diberikan kelepasan pada hujung minggu ini dari liga Perancis hari ini untuk memberikan masa untuk pulih selepas kekalahan final Liga Juara-Juara. PSG yang dijadualkan akan bermain menentang Lens pada Sabtu tetapi Liga Perancis telah menunda perlawanan kepada 10 September selepas diminta oleh pasukan juara bertahan.

    PSG sudah terlepas minggu pembukaan bagi musim domestik disebabkan bermain menentang Bayern Munich untuk merebut kejuaraan Eropah Ahad lalu di Lisbon. Semasa perlawanan tersebut PSG tewas 1-0.

    Liga berkata bahawa Lens dan penyiar Canal+ bersetuju dengan pertukaran tarikh tersebut dan mengawalkan perlawanan antara Strasbourg dan Nice dari hari Ahad bagi mengisi kekosongan.

    Perlawanan PSG yang ditentukan pada 10 September – malam Khamis – akan memulakan kempen liga mereka. Perlawanan tersebut hanya dua hari selepas bintang penyerang Kylian Mbappe dapat beraksi untuk Perancis di laman sendiri untuk menentang Croatia dalam perlawanan peringkat kumpulan kelayakan UEFA. Tiga hari selepas bermain menentang Lens, PSG akan menjadi tuan rumah kepada Marseille dalam perlawanan musuh ketat bola sepak Perancis. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda