Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG mahu ranap rekod Bordeaux

    PARIS, 29 Sept – Selepas membenam gergasi Jerman, Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain (PSG) dilihat mahu meranapkan permulaan tanpa kalah Bordeaux dalam musim Perancis Sabtu ini.

    PSG memberikan respons terhadap keciciran mata pertama mereka dalam Ligue 1 di Montpellier hujung minggu lepas dengan menewaskan Bayern 3-0 di Parc des Princes kelmarin, dengan Neymar menjaringkan gol sekembalinya dari kecederaan ibu jari.

    Pemain Brazil itu menemui sasaran, begitu juga dengan Edinson Cavani serta rakan senegara Brazil, Dani Alves ketika pasukan Unai Emery meledakkan amaran awal kepada pesaing-pesaing Eropah lain selepas kelab itu memecahkan rekod perpindahan musim panas.

    Tetapi ia adalah Kylian Mbappe yang harus diberi pujian selepas pemain berusia 18 tahun itu mencipta umpanan gol bagi gol kedua dan ketiga bagi PSG.

    “Saya rasa bersyukur untuk bermain bersamanya, dia masih remaha, tetapi dia adalah pemain hebat,” kata Neymar selepas kemenangan ke atas Bayern.

    Neymar meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan PSG ketika menentang Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara. PSG kini menumpukan semula fokus mereka dalam Ligue 1 dengan tugas meranapkan rekod tanpa kalah Bordeaux. – AP

    “Di atas padang, ia kelihatannya dia sudah berusia 30 tahun. Saya fikir dia adalah pemain yang akan melakukan banyak perkara hebat dan pastinya mencapai Ballon d’Or.

    Kelab ibu negara itu mendahului juara Monaco dengan satu mata selepas tujuh perlawanan, sementara Bordeaux, yang kali terakhir memenangi gelaran Perancis pada tahun 2009, di tempat ketiga hanya empat mata di belakang.

    Bordeaux telah menghadiahkan penyerang Brazil, Malcom atas prestasi hebatnya minggu dengan, di mana dia telah menjaringkan tiga gol dan empat umpanan gol musim ini, dengan kontrak lanjutan baru hingga 2021.

    Pemain berusia 20 tahun itu gembira untuk menguji dirinya menentang kontinjen Brazil dalam pasukan PSG, sebahagian besarnya merupakan idolanya ketika berada di Corinthians di Sao Paulo.

    “Ia akan menjadi perlawanan besar. ia adalah perlawanan sukar di depan kami tetapi kami akan memberikan segala-galanya dengan keputusan di Paris,” kata Malcom di laman sesawang Bordeaux.

    “Mereka adalah pemain hebat, idola saya. Saya harap ia adalah perlawanan besar. Matlamat adalah mendapatkan keputusan yang baik. Saya bekerja keras setiap hari untuk membantu pasukan dan saya harap ia berbaloi hujung minggu ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda