Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    PSG menang bergaya, tumpaskan Reims

    PARIS, 24 JAN – Lionel Messi kembali ke pasukannya, seorang lagi pemain yang ditandatangani, Sergio Ramos menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain melakar kemenangan 4-0 ke atas Reims kelmarin untuk memulihkan pendahuluan mereka dalam Ligue 1 kepa-da 11 mata.

    “Kami mempunyai permainan yang bagus, kami meraih tiga mata,” kata pengurus PSG, Mauricio Pochettino.

    Pada awalnya, Nice telah merapatkan jurang tersebut dengan kemenangan 2-0 di Metz. Tetapi tiga daripada pasukan di belakang mereka telah kalah.

    Messi, kembali daripada COVID-19, bermula di bangku simpanan apabila Kylian Mbappe beraksi dalam barisan permulaan selepas kecederaan paha manakala Ramos hanya membuat permulaan liga keduanya musim ini.

    Marco Verrati meletakkan PSG di hadapan pada minit terakhir separuh masa pertama, menjaringkan gol pertamanya dalam Ligue 1 sejak Mei 2017.

    “Bagus untuk pemain yang tidak kerap menjaringkan gol,” kata Pochettino. PSG meningkatkan rentak permainan mereka selepas separuh masa.

    Ramos, yang tiba dari Real semasa musim panas, menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu. Pemain pertahanan tengah itu bertindak dengan pantas terhadap bola muntah dari-pada sepakan sudut PSG. Selepas sepakan pertamanya ditepis oleh Predrag Rajkovic, pemain Sepanyol itu dengan segera merembat bola untuk menjaringkan bola yang melantun itu.

    “Saya merasa gembira dapat bermain selama 90 minit dan secara peribadi merasa gembira kerana ia adalah jaringan gol pertama saya bersama PSG, saya berharap akan ada lebih banyak lagi,” kata Ramos. – AFP

    Aksi Lionel Messi merebut bola dengan Andreaw Gravillon semasa perlawanan Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Reims di stadium Parc des Princes, 23 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...