Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG mula langkah kanan

    SHENZHEN, CHINA, 4 OGOS – Kylian Mbappe mempamerkan detik-detik ajaib ketika Paris Saint-Germain mengutip trofi pertama musim baharu dengan kemenangan 2-1 ke atas Rennes untuk menjulang Trofi Juara Perancis di Shenzhen kelmarin.

    Jurulatih PSG Thomas Tuchel kelihatan lebih daripada gembira selepas itu memandangkan pasukannya ketinggalan pada separuh masa.

    “Semua orang letih,” kata Tuchel sambil menunjukkan kelembapan yang tinggi di bandar selatan China selepas permainan berakhir untuk memulakan sebuah perjalanan panjang.

    “Kami banyak melakukan penyusunan semula dengan pemain baharu tetapi kami masih bermain dengan baik. Kemenangan itu adalah ganjaran yang bagus buat kami.

    “Kami melakukan 10 percubaan yang entah bagaimana tak mengena. Prestasi kami bagus walaupun tercungap-cungap dan ia adalah pembukaan yang bagus untuk musim baharu.”

    Mbappe, Neymar dan Marco Verratti meraikan kejayaan PSG merangkul Trofi Juara Perancis selepas membenam Rennes di Shenzhen, kelmarin. – AFP

    Kemenangan ini adalah misi balas dendam PSG selepas tewas pada penentuan penalti kepada kelab yang sama pada Piala Perancis April lalu.

    PSG memenangi kejuaraan Perancis yang keenam dalam tujuh tahun tetapi pasukan milik Qatar itu tidak berahsia lagi dengan tumpuan mereka adalah Liga Juara-Juara musim ini.

    Walaupun masih jauh, namun ada tanda-tanda positif ketika musim kelab Perancis secara rasmi bermula di Stadium Pusat Sukan Shenzhen Universiade.

    Sekitar 25,000 penonton yang berkumpul untuk menyaksikan Mbappe, menjerit setiap kali pemenang Piala Dunia Perancis itu mengatur langkah.

    Superstar berusia 20 tahun itu menghangatkan suasana pada separuh masa kedua ketika PSG terus mengejar untuk bangkit selepas ketinggalan 1-0 untuk meraih trofi pertama musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda