Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG resah, Neymar alami kecederaan paha

    PARIS, 30 OKT – Neymar bakal terlepas tiga perlawanan Paris Saint-Germain selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara, menurut laporan stesen radio Perancis dalam laman web hari ini.

    Neymar dikeluarkan selepas 25 minit di Istanbul dalam perlawanan yang dimenangi PSG 2-0, semalam.

    “Pemain Brazil itu yang cuba meneruskan permainan sebelum dikeluarkan, menjalani imbasan MRI dan mendapati otot pahanya ko-yak,” menurut laman web RMC Sport hari ini.

    Tiga perlawanan PSG selepas ini adalah berkunjung ke Nantes dalam aksi Ligue 1 esok diikuti menentang RB Leipzig dalam cabaran Liga Juara-Juara pada Rabu ini dan Rennes dalam aksi Ligue 1 pada 7 November.

    Selepas itu, perlawanan antarabangsa menyaksikan Brazil menentang Venezuela dan Uruguay dalam kelayakan Piala Dunia.

    “Tiada terdapat sebarang petanda mengenai penyertaannya bersama skuad Brazil,” kata RMC Sport.

    Jurulatih PSG, Thomas Tuchel sudah pasti resah dengan senarai panjang krisis kecederaan pemainnya yang membabitkan Marco Verratti, Mauro Icardi, Leandro Paredes, Julian Draxler dan Juan Bernat dan terkini Neymar.

    Selepas tidak beraksi dalam permulaan musim susulan COVID-19 dan dua lagi perlawanan akibat kad merah ketika menentang Marseille, Neymar meledak dua gol dan empat
    bantuan jaringan musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda