
PARIS, 27 Feb – Bintang Paris Saint-Germain (PSG) Neymar mengalami kecederaan buku lali dan keretakan metatarsus apabila dia diusung keluar daripada aksi menentang Marseill, menurut pendahulu Ligue 1 itu semalam.
Pemain Brazil yang menyertai PSG dari Barcelona dengan bayaran tertinggi dunia tahun lalu, mengalami kecederaan serius yang menimbulkan kebimbangan tidak dapat beraksi untuk aksi kedua 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Parc des Princes, 6 Mac depan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)