Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG teruskan kemaraan

    PARIS, 11 Jan – Neymar menjaringkan gol penalti dalam separuh masa kedua di mana juara empat kali, Paris Saint-Germain bertungkus lumus sebelum menewaskan Amiens 2-0 yang beraksi dengan 10 pemain untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga Perancis semalam.

    PSG sekali lagi tanpa kelibat penjaring terbanyak, Edinson Cavani yang juga terlepas dalam perlawanan Ahad lalu menentang Rennes selepas kembali lewat dari rehat tahun baru di Uruguay.

    Harapan Amiens untuk mencipta kejutan nampaknya gagal selepas penjaga gol Regis Gurtner diarahkan keluar padang pada minit ke-34 susulan kekasaran terhadap Kylian Mbappe.

    Walau bagaimanapun, Neymar memberikan peluang kepada pasukan lawan selepas menyempurnakan sepakan penalti lapan minit selepas separuh masa kedua bermula di Stade de la Licorne.

    Cubaan Mbappe diselamatkan oleh Jean-Christophe Bouet sebelum diselamatkan oleh palang gol.

    Neymar meraikan jaringannya dengan bergaya selepas menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Amiens di Stadium Licorne semalam. – AFP

    Marquinhos juga terkena palang selepas menerima hantaran lintang dari Giovani Lo Celso tetapi Adrien Rabiot melengkapkan malam PSG sekali gus mencipta kemenangan ke-35 dalam saingan domestik dengan tandukan cantik hasil sepakan sudut dari Angel Di Maria pada minit ke-78.

    Jaringan itu diberikan selepas berunding dengan video bantuan pengadil (VAR) yang digunakan di sepanjang pertandingan itu sebagai cubaan menjelang penggunaannya secara rasmi di Ligue 1 musim depan selepas teknologi barisan gol gagal untuk mengesahkan jaringan itu.

    Sementara itu, PSG akan berkunjung ke Rennes untuk peringkat separuh akhir hujung bulan ini. PSG membelasah Rennes 6-1 dalam fasa 64 Piala Perancis yang lalu. Manakala Monaco akan menerima kunjungan Montpellier.

    Isaac Mbenza menjaringkan gol kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan di Angers sementara Adrien Hunou memperolehi dua gol untuk Rennes di mana kelab Perancis itu menewaskan Toulouse 4-2.

    Monaco akan menjadi pasukan pertama untuk mara keempat terakhir selepas menewaskan Nice 2-1 Selasa lalu menerusi jaringan Thomas Lemar dan Adama Diakhaby di Allianz Riviera. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda