Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG tidak bayar gaji, bonus Mbappe

    PARIS, 30 MEI – Paris Saint-Germain (PSG) tidak membayar gaji Kylian Mbappe untuk bulan April serta bonus besar akibat pertikaian kewangan antara kelab dan pemain tersebut yang bersedia untuk meninggalkan juara Perancis itu, kata sumber yang rapat dengan perbincangan kepada AFP, kelmarin.

    Keputusan PSG untuk menahan gaji Mbappe adalah berkaitan dengan perjanjian antara kedua-dua pihak dibuat tahun lalu, pada permulaan musim, apabila pemain tersebut bersetuju untuk mengetepikan sebahagian daripada bonus yang sepatutnya diterima, kata sumber tersebut.

    Bagaimanapun, sumber berkenaan menyatakan bahawa perbincangan antara kelab dan kapten Perancis itu adalah secara ‘santai’ dan terdapat harapan untuk mencapai ‘kesimpulan yang positif’.

    “Segala-galanya sedang diselesaikan,” kata sumber tersebut tanpa mengesahkan jumlah wang yang terhutang kepada Mbappe.

    Bagaimanapun, satu lagi sumber yang dihubungi oleh AFP berkata PSG juga memutuskan untuk tidak membayar bonus yang terhutang kepada Mbappe, bermakna jumlah wang yang dipertikaikan adalah AS$86.8 juta, mengesahkan angka yang dilaporkan oleh akhbar sukan, L’Equipe.

    Mbappe memegang trofi kemenangan pasukannya di Stade Pierre-Mauroy, di Villeneuve-d ‘Ascq, utara Perancis. – AFP

    Sumber yang sama berkata kelab itu memutuskan untuk tidak membuat pembayaran tersebut tanpa memberi amaran kepada Mbappe dan tanpa persetujuan dicapai antara pihak-pihak terlibat.

    Pihak Mbappe mahupun PSG tidak segera memberi maklum balas apabila dihubungi oleh AFP untuk komen.

    Kontrak Mbappe akan tamat pada 30 Jun dan dia telah mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan PSG selepas tujuh tahun, dengan Real Madrid dijangka menjadi destinasi seterusnya.

    Kedua-dua pihak mengakui pada awal tahun ini bahawa Mbappe telah bersetuju untuk mengetepikan sebahagian daripada bonus besar yang sepatutnya diterima untuk dimasukkan semula ke dalam skuad PSG selepas dia disisihkan daripada pasukan pada awal musim. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda