Thursday, May 15, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSJD sambut Adau Gayoh

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 1 Mei – Dalam sama-sama memajukan masyarakat Dusun, Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) telah mengadakan Sambutan Adau Gayoh yang berlangsung di Dewan PSJD, Kampung Bukit Udal, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain yang telah merasmikan majlis sambutan dengan memukul Tukulan.

    Timbalan Yang Di-Pertua PSJD, Awang Imbon bin Singgoh semasa menyampaikan ucapan selaku Pengerusi Majlis Sambutan Adau Gayoh telah menjelaskan mengenai tema majlis sambutan tahun ini iaitu ‘Bagimba’.

    Tema ‘Bagimba’ bererti kemuncak pesta keramaian, sesuai dengan majlis yang diadakan setiap tahun bagi masyarakat etnik Dusun yang mana PSJD pada masa ini sedang dalam proses mempopularkan serta mengetengahkan Bahasa Dusun yang semakin terpinggir.

    Mantan Setiausaha PSJD pada tahun 1980-an, Awang Matasan bin Uking, 72, ketika ditemu bual pula berkata, memukul Tukulan seperti mana yang dilakukan oleh pegawai daerah ini untuk merasmikan majlis, dibuat khas di tempat berpadi.

    Awang Shamsul Bahrin bersama para hadirin pada Majlis Perasmian Sambutan Adau Gayoh.
    Awang Shamsul Bahrin bersama para hadirin pada Majlis Perasmian Sambutan Adau Gayoh.
    Awang Shamsul Bahrin ketika merasmikan Majlis Sambutan Adau Gayoh dengan memukul Tukulan.
    Awang Shamsul Bahrin ketika merasmikan Majlis Sambutan Adau Gayoh dengan memukul Tukulan.
    Awang Shamsul Bahrin dibawa menyaksikan pameran selepas perasmian Sambutan Adau Gayoh.
    Awang Shamsul Bahrin dibawa menyaksikan pameran selepas perasmian Sambutan Adau Gayoh.

    Tujuan Tukulan itu adalah sebagai menghalau musuh-musuh padi seperti burung, memanggil petani-petani padi dan juga dijadikan sebagai pemberitahuan petanda orang berada.

    Beliau juga menjelaskan, sebelum Sambutan Adau Gayoh, acara ‘Bagimba’ hanya dilakukan pada upacara Tamarok Makan Parai sebagai tanda kesyukuran mendapat nikmat hasil tuaian padi yang lumayan.

    Sejurus perasmian, tetamu kehormat seterusnya menyaksikan pameran dan beramah mesra dengan masyarakat Puak Dusun yang hadir.

    Turut hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Dusun Suang Lotud Sabah, Francis Daniel dan beberapa rombongan dari Sabah bagi sama-sama meramaikan dan memeriahkan lagi Sambutan Adau Gayoh.

    Antara pameran yang disaksikan termasuk pameran Kalating, Bubun dan Dukut, Jaring, Puun, Gaang (Sugang), Permainan Saluk-Salukan dan Permainan Gasing Yumpok.

    Pegawai Daerah Tutong seterusnya berkesempatan menyaksikan persembahan kebudayaan Dusun seperti Ancayau, Mengalai, Pat Dudui dan Bagimba.

    Antara lain tujuan Majlis Sambutan Adau Gayoh berkenaan diadakan adalah untuk melihat masyarakat Dusun bekerjasama dalam sama-sama menanai atau memikul tugas dan tanggungjawab bagi memajukan masyarakat Dusun melalui PSJD.

    Di samping itu, ia juga berobjektif untuk mempelbagaikan perekonomian masyarakat Dusun dengan memaparkan budaya, memberikan pendidikan, melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan banyak lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/