Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSJD tetap fokus buru pendahulu

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Pasukan PSJD meneruskan kemaraan mereka untuk memintas pendahulu Liga Coneli Veteran 2017, Pasukan Landas FC dengan menewaskan pasukan Marudi All Stars 4-1 di Padang MBM Bandar Raya Miri, Sarawak pada Ahad lalu.

    Jurulatih PSJD, Awang Nordin Tujuh ketika ditemui wartawan Media Permata berkata beliau sangat memuji semangat para pemain yang terus fokus di dalam misi untuk mengejar Pasukan Landas FC.

    “Kami mempunyai kelebihan satu baki perlawanan berbanding Landas FC yang sudah bermain 13 perlawanan dan kami akan terlibat dalam tiga perlawanan terakhir antaranya menentang Pasukan Cbuti Old Starz pada 4 Februari, menentang Pasukan Mulu FC pada 11 Februari ini, manakala pada 18 Mac nanti kami akan berdepan dengan Pasukan Landas FC,” katanya.

    Dengan 33 mata kurang tiga mata di belakang Pasukan Landas FC, Pasukan PSJD yang kini berada di tempat kedua liga, setakat ini berpuas hati dengan taktik yang digunakan dan akan terus mengekalkan corak permainan mereka sepanjang kejohanan itu.

    Pasukan PSJD meneruskan usaha mereka untuk memintas Pasukan Landas FC dalam Kejohanan Liga Coneli Veteran 2017.

    “PSJD juga perlu meraih sebanyak mungkin jaringan gol dan mengurangkan jaringan bolos kerana setakat ini PSJD meraih 40 jaringan dan tujuh bolos, sementara Landas FC pula meraih 43 jaringan dan enam bolos setelah 13 perlawanan,” tegasnya.

    Menurut beliau lagi Pasukan PSJD meletakkan sandaran kepada para pemain mereka untuk bekerja keras demi pasukan, khususnya kepada penjaring terbanyak mereka, Haji Annuar bin Haji Seidil yang kini berjaya meledakkan 19 jaringan dalam kejohanan itu.

    “Kami harus fokus dan terus berusaha gigih selain memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin. Saya yakin kami mampu menjadikan impian untuk menjadi juara ini satu realiti,” ujar Awang Nordin lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda