Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

PSM rancang anjur kem latihan pusat

KUALA LUMPUR, 1 OKT – Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bercadang mengadakan kem latihan pusat lasak pada akhir tahun ini bagi meningkatkan kekuatan mental dan fizikal skuad negara sebelum menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa, termasuk Sukan SEA ke-31 di Vietnam, tahun depan.

Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail berkata 45 pemain negara termasuk 15 pemain wanita bakal menyertai kem latihan pusat selama dua minggu itu di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, yang dijangka melibatkan penyertaan anggota bomba bagi mempertingkatkan stamina pemain negara.

Beliau menjelaskan cadangan untuk mengadakan kem latihan berkenaan adalah penting memandangkan banyak perancangan dalam program periodisasi skuad negara yang dirangka Pengarah Teknikal PSM Abdul Talib Ahmad tersasar berikutan kekangan tertentu.

Periodisasi merujuk kepada pembahagian program latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan utama dengan setiap satunya mempunyai matlamat khusus dan kesemua fasa menyumbang kepada pencapaian matlamat utama program latihan sukan. – Bernama

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda