Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSM rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil

    KUALA LUMPUR, 21 MAC – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang melengkapkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) berspesifikasi penuh, bagi menjadikan rumah Harimau Malaya itu berkelas dunia.

    Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.

    “Kami ada perancangan untuk memasang VAR, jadi ia (SNBJ) sedia untuk menghadapi sebarang kejohanan antarabangsa dan sudah semestinya untuk kejohanan tempatan juga, jika ada peruntukan dan dapat dana yang sewajarnya, kita ada perancangan untuk pasang VAR di SNBJ.

    “Kita akan gunakan spesefikasi tinggi dan bertaraf dunia. Sebab itu kalau kita nak buat sesuatu itu biar kita ikut standard antarabangsa terutama aset di bawah PSM,” katanya kepada Bernama.

    Mohd Faidz berkata pihaknya juga bersedia mengadakan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah PSM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS), berhubung kos penggunaan VAR yang dikatakan menelan harga lebih setengah juta ringgit. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda