Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Syarikat Pakar Tenaga Bersatu Sdn Bhd (PTB), Negara Brunei Darussalam dan SIRIM Bhd, Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PTB, di sini, menandatangani bagi pihak PTB ialah Pengarah Urusan Syarikat, Pengiran Hishamuddin Alli bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haj Mokhtar Puteh dan mewakili pihak SIRIM ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Bhd, Dato’ Indera Ir Dr Ahmad Sabirin bin Arshad.
Majlis penandatanganan berkenaan dihoskan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara Brunei Darussalam (NCCIBD) dan dipengerusikan oleh Presiden NCCIBD, Haji Abdul Saman bin Haji Ahmad.
MoU berkenaan mengukuhkan lagi pakatan strategik di antara kedua-dua buah organisasi dalam bidang kerjasama, kolaborasi, promosi dan penyelidikan yang ditawarkan kepada kesemua industri di negara ini.
