Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTEM adakan hari terbuka untuk kemasukan sesi 2017/18

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Dengan keputusan peperiksaan GCE ‘O’ Level telah dikeluarkan, Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) mengadakan hari terbuka dan kemasukan sesi 2017/2018 bermula hari ini hingga 8 Februari.

    Acara yang diadakan di ruang lobi, Pusat Tingkatan Enam Meragang itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Sepanjang acara berkenaan, para ibu bapa dan pelajar dialu-alukan untuk berjumpa dengan pensyarah subjek untuk mengetahui lebih lanjut tentang subjek pilihan pelajar di Peringkat GCE ‘A’ Level.

    Selain daripada itu, guru-guru daripada pihak kerjaya juga boleh membantu para pelajar yang belum memilih pilihan kerjaya.

    Dalam pada itu, para pelajar yang ingin mendaftar diingati supaya membawa kad pengenalan asal dan salinan, sijil-sijil peperiksaan GCE ‘O’ level yang berkenaan dan empat keping gambar berukuran pasport.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda