Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTES adakan lawatan ke CSB

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Cyber Security Brunei (CSB) baru-baru ini mengalu-alukan lawatan lebih 30 orang pelajar dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES) ke Makmal Forensik Digital Kebangsaan (NDFL).

    Kumpulan pelajar tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan enam atas dan enam bawah jurusan Sains Komputer dan diketuai oleh Ketua Jabatan Sains Komputer, Dayang Shahrifah binti Haji Mohd Shahlan dan Pengetua PTES, Dayang Tutty Hyrneeita binti Haji Abdul Latip termasuk guru-guru dari pelbagai jabatan.

    Para pelajar diberi taklimat mengenai CSB, diketuai oleh Penganalisis Keselamatan, Dayang Nomi Hafiz Zakiah binti Haji Pawi yang mengongsikan peranan utama Pusat Pengawasan Siber dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Brunei (BruCERT). Selain itu, para pelajar juga mengetahui jenis insiden yang boleh dilaporkan kepada BruCERT seperti komputer yang diserang virus, penyamaran dalam talian, pancingan data dan pembuli siber.

    Pembentangan akhir menyentuh peranan NDFL, yang diketuai oleh Penganalisis Forensik Digital, Awang Abdul Qadir Al Aziz Zaidi dan Awang Abdul Muiz bin Haji Omarali.

    Acara diikuti dengan lawatan di sekitar NDFL, di mana mereka mempelajari cara alat tersebut digunakan oleh penganalisis forensik digital apabila berurusan dengan bukti elektronik.

    Para pelajar menyaksikan bagaimana bukti dikumpulkan dan cara membuang, memusnahkan dan melupuskan cakera keras dengan selamat sebagai sebahagian daripada proses sanitasi data mengikut protokol makmal standard.

    Gambar ramai semasa lawatan tersebut. – Gambar serahan CSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda