Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTES adakan program suai kenal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES) mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar baru tingkatan enam bawah dengan mengadakan program suai kenal yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di dewan serba guna pusat tersebut.

    Program tersebut dirangka bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar baru terhadap corak kehidupan khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang bakal ditempuhi pada peringkat pra universiti.

    Sepanjang program itu, pelbagai aktiviti telah diatur dan disusun bagi menekankan aspek disiplin, sahsiah diri, pengurusan masa dan hala tuju masa depan pelajar.

    Antara pelajar baru tingkatan enam bawah ketika mengikuti program suai kenal yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

    Antara objektif program suai kenal berkenaan adalah bagi menyatupadukan para pelajar baru dari latar belakang persekolahan berbeza melalui sesi suai kenal selain memberi pendedahan baru kepada para pelajar khususnya berkaitan dengan waktu belajar yang menggunakan ‘Block System’ dan meningkatkan harga diri pelajar agar dapat menghadapi pembelajaran di Peringkat ‘A’ dengan lebih yakin.

    Diharapkan melalui program tersebut, para pelajar akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, meningkatkan keyakinan diri, membina hubungan murni dengan seluruh warga PTES dan bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan sesi pembelajaran sepenuh masa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda