Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTET adakan Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 14 Jun – Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) dan Jabatan Pengajian Islam telah mengadakan Majlis Khatamul Quran Ihya Ramadan 2017 bertempat di dewan serba guna, pusat berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pengerusi PIBG, Haji Amit bin Haji Omar. Turut hadir ialah Pengetua PTET, Hajah Murni binti Abdullah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Awang Mohd Naqiuddin bin Haji Kartolo dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ketua Unit Ugama dan Kerohanian, Awang Abdul Khaliq Qusyairi bin Ahmad. Majlis turut diserikan lagi dengan bacaan Tahtim, Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

    Majlis tersebut kemudiannya diselajurkan dengan penyampaikan derma berupa wang tunai, baucar dan hamper kepada enam orang anak yatim, 30 orang yang terpilih melalui Skim Miftah An-Najah dan lapan buah keluarga yang terpilih melalui Projek ‘Aur dan Tebing’ yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Sumbangan derma tersebut merupakan hasil kutipan derma daripada warga PTET termasuk pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar dan ibu bapa yang telah dijalankan selama dua hari bermula pada 8 hingga 10 Jun yang lalu.

    Antara pelajar-pelajar PTET yang mengikuti Majlis Khatamul Quran Ihya Ramadan kelmarin.
    Antara pelajar-pelajar PTET yang mengikuti Majlis Khatamul Quran Ihya Ramadan kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda