Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTET terima pelajar baru

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 175 orang pelajar secara rasminya telah mendaftar ke Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) di hari kemasukan pelajar baru bagi sesi 2018/2019 yang berlangsung di Dewan Serba Guna, PTET, hari ini.

    Jumlah pelajar pada tahun ini dilihat lebih sedikit berbanding dari tahun sebelumnya iaitu 210 orang pelajar pada tahun lalu dan 194 orang pelajar pada tahun 2016. Manakala kebanyakan pelajar di pusat tingkatan enam berkenaan berasal dari sekolah menengah di Daerah Tutong.

    Pengetua PTET, Hajah Murni binti Abdullah dalam ucapan alu-aluannya menyatakan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar baru di pusat tingkatan enam berkenaan dan turut memberi penghargaan kepada para ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar berkenaan atas sokongan kepada para pelajar dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

    Sebahagian daripada ibu bapa dan penjaga beserta pelajar baru ketika membuat pendaftaran kemasukan di Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) kelmarin.

    Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada para pelajar kerana telah menaruh kepercayaan serta memilih PTET sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-cita yang lebih tinggi lagi.

    Majlis tersebut turut menandakan bermulanya sesi orientasi yang akan berlangsung selama tiga hari yang menyediakan pelbagai aktiviti buat para pelajar baru berkenaan terlibat seperti sesi suai kenal, taklimat seperti penerangan mengenai aktiviti kokurikulum (CCA), kebajikan pelajar dan disiplin, peperiksaan dan banyak lagi.

    Program orientasi berkenaan diharap dapat memberi gambaran serta pendedahan kepada para pelajar barunya akan cara menempuhi dan menyesuaikan diri mereka dalam suasana pembelajaran di peringkat pra universiti di PTET berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda