Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PTFI bina loji janakuasa gas bernilai $1 bilion untuk ganti arang

    JAKARTA, 24 OKT – Gergasi perlombongan emas dan tembaga PT Freeport Indonesia (PTFI) telah mengumumkan rancangannya untuk melabur kira-kira AS$1 bilion dalam loji janakuasa baharu untuk beralih daripada arang batu sebagai sumber tenaga kepada gas asli cecair (LNG) yang kurang mencemarkan.

    Pelaburan itu akan digunakan untuk pembinaan loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan 265 megawatt, yang dijadualkan menggantikan unit arang batu yang dibangunkan untuk menjana kuasa lombong Grasberg di Papua lebih 25 tahun lalu.

    Kemudahan itu disasarkan untuk memulakan operasi pada 2027, dengan aktiviti utama jangka pendek termasuk kejuruteraan, perolehan dan pembinaan, serta mendapatkan bekalan bahan api LNG.

    Pengarah presiden syarikat perlombongan gergasi Freeport McMoRan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Kathleen Quirk berkata kos ekonomi tambahan projek itu, yang dijangka dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) PTFI dengan ketara, adalah kira-kira AS$400 juta.

    “Projek itu (dijangka) menelan belanja kira-kira $1 bilion, dan ekonomi seperti yang kita lihat akan menghapuskan kos untuk membaik pulih dan mengembangkan unit arang batu sedia ada dari masa ke semasa,” katanya dalam panggilan persidangan suku ketiga Freeport McMoRan pada Khamis lalu.

    “Yang penting, peralihan itu akan mengurangkan pelepasan GHG PTFI dengan ketara, dan bersama-sama dengan inisiatif lain yang telah dilakukan oleh PTFI, jumlah pengurangan akan berada dalam susunan 60 peratus berbanding garis dasar 2018,” kata Quirk.

    Indonesia memiliki sekitar 51.2 peratus PTFI, manakala Freeport McMoRan memiliki baki 48.8 peratus.

    Saham kawalan kerajaan itu terdiri daripada 26.24 peratus pemilikan dalam syarikat induk perlombongan milik kerajaan MIND ID dan 25 peratus dalam PT Indonesia Papua Metal and Mineral (IPMM). – ANN/The Jakarta Post

    Kenderaan berat digunakan untuk operasi perlombongan lubang terbuka di lombong emas dan tembaga PT Freeport Indonesia Grasberg di Papua. – ANN/The Jakarta Post
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...