Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed ialah seorang pendakwah di Malaysia. Telah dinobatkan sebagai juara dalam rancangan realiti islamik terbitan astro oasis iaitu Pencetus Ummah musim ketiga pada tahun 2015.
Tugas sebagai seorang pendakwah bukanlah satu kerja yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi untuk menghadap musuh-musuh Islam.
Baru-baru ini, PU Syed berkongsi satu video di mana dia memberikan ceramah sambil menyelit isu konsert K-Pop yang diadakan di Kuala Lumpur.
PU Syed memberitahu lagi, ada satu hadis mengatakan bahawa Allah SWT akan hantar gempa bumi dan banjir serta tanah runtuh yang banyak waktu penyanyi-penyanyi wanita tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Video tersebut mendapat kecaman daripada peminat K-Pop tersebut malah ada yang memberi ancaman bunuh kepada PU Syed. Namun PU Syed tidak gentar akan kecaman tersebut dan beliau tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan dakwahnya.
Namun ada juga yang menggertak beliau dan menghantar mesej di instagram untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mengenai isu K-Pop itu.
Apa-apa pun yang terjadi, kita ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk. Jadikan sirah-sirah terdahulu sebagai pengajaran untuk masa kini. – Agensi
